Wednesday 17 February 2016

DAUN PANDAN

DAUN PANDAN

Daun pandan merupakan bahan yang popular di Malaysia.Ia banyak  digunakan di dalam masakan dan membuat kuih.Aromanya yang wangi dan baunya yang unik membuatkan ianya sering menjadi bahan tambahan untuk menjadikan sesuatu masakan atau kuih lebih aromatik.Di samping itu daun pandan juga menjadi pewangi semulajadi untuk kereta mahupun di dalam rumah.Ini kerana sifatnya yang menyerap bau tetapi meninggalkan bau yang harum.




Daun pandan sering diletakkan di dalam rumah terutamanya di dalam almari.Tujuannya untuk menghalau lipas dan menghilangkan bau hapak almari.Daun pandan juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut dan juga mewangikan ketiak.

No comments:

Post a Comment